UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI FADILAH 8859791


Search This Blog

Minta maaf kerana terlalu lama nda update blog ani, atas sesuatu hal yg nda dapat di elakkan ehehe (eksenya tu...)

Btw aku ada menerima email dari kawan ku, yg bagiku ia sungguh bermakna hayatilah isinya

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yangPertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu kearah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dansentiasa membuka hatinya kepadakita. "Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
jhgf
fadf
Dan ani mutiara kata yg ku jumpa masa ku buang stress nda dpt mengediting gambar ehehe
afaf
" Dalam bersaudara, kalau saudara kita ada 1000 keburukan & 1 saja kebaikan, PANDANGLAH KEBAIKAN yang 1 tu. Kalau diri kita ada 1000 kebaikan & 1 saja keburukan, PANDANGLAH KEBURUKAN kita yang 1 tu."
RENUNGKANLAH DAN JADIKAN LAH IKTIBAR - Fadilah